FAHAMI KAEDAH RAWATAN STOMA DEMI KELANGSUNGAN HIDUP

KOTA BHARU, KELANTAN, 19 Januari 2020 – Stoma atau juga dikenali ileostomi merupakan alternatif rawatan terakhir membantu pesakit yang menghadapi sebarang penyakit pada mana – mana bahagian usus membabitkan proses mengeluarkan sebahagian usus sama ada usus besar (kolostomi) atau usus kecil (ileostomi).

Sebahagian besar pesakit enggan menjalani prosedur ini kerana mereka tidak memahami fungsi sebenar stoma selain bimbang akan mengganggu rutin harian seperti bersolat, aktiviti sosial dan sebagainya.

Norhayati Adnan

Menurut Jururawat Terapi Enterostomal, Unit Terapi Enterostomal Hospital Universiti Sains Malaysia (USM), Norhayati Adnan, stoma adalah perkataan greek yang membawa maksud bukaan kecil atau mulut yang terhasil setelah melalui pembedahan kecil untuk membina stoma pada perut di mana usus dibawa keluar di bahagian permukaan abdomen sepanjang satu (1) sentimeter untuk kegunaan pemasangan bag stoma atau kantung tempat pengumpulan najis dan air kencing.

“Pesakit yang akan menjalani prosedur ini biasanya disebabkan mengalami masalah tidak boleh membuang air besar dan kencing secara normal atau masalah bagi bayi yang dilahirkan tanpa dubur.

“Stoma terdapat tiga jenis iaitu kolostomi, ileostomi dan urostomi. Jika kolostomi dibentuk pada bahagian usus besar dan dibawa keluar hingga kebahagian perut (abdomen ), ilustomi pula dibentuk pada bahagian usus kecil dan urostomi dibentuk pada bahagian salur kencing untuk mengeluarkan air kencing,” ujarnya semasa ditemubual dalam slot Sembang Sihat di Kelantan FM, disini.

Tambah Norhayati, masyarakat perlu mengubah pemikiran mereka dan membuang rasa malu atau takut untuk membuat pembedahan stoma. Mereka perlu berbincang dengan doktor untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang perkara ini serta mengambil langkah positif untuk kehidupan yang lebih sempurna dan sihat.

“Pesakit stoma boleh menjalani kehidupan seperti biasa walaupun terpaksa bersama beg stoma sepanjang masa kerana pesakit yang telah menjalani penbedahan boleh makan pelbagai makanan seperti sebelum pembedahan dan tiada sebarang pantang larang dalam pemakanan kecuali bagi yang mengalami penyakit seperti masalah jantung, kencing manis atau darah tinggi kerana mereka perlu mengikut nasihat pemakanan daripada pakar nutrisi.

“Selain itu, ingin saya tegaskan juga bagi pesakit stoma, solat mereka adalah sah berdasarkan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Islam kali ke 79, memutuskan hukum ibadah bagi pesakit yang menggunakan beg stoma dikategorikan mereka mengalami masalah darurat dan tidak dianggap menanggung najis serta boleh solat seperti biasa walaupun semasa mereka sembahyang keluar najis atau air kencing dalam beg stoma mereka,” katanya lagi.

Teks / Foto : Abdul Aziz Latif

icon email1icon staficon sdppkt

Hubungi Kami

Hospital Universiti Sains Malaysia
Universiti Sains Malaysia,
Kampus Kesihatan
Jalan Raja Perempuan Zainab 2
16150 Kota Bharu Kelantan.
 

husmQR

Operator: 09-767 3000
No Fax: 09-767 1060
Emel : hospitalusm[at]usm[dot]my

Pautan Luar

MSCMy GovermmentHRMISKementerian Pengajian Tinggi

Hakcipta Terpelihara Hospital Universiti Sains Malaysia. ©2018
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox / Chrome dengan resolusi 1024 x 768 piksel.

  • Kemaskini: Ahad 20 September 2020.
Jumlah Pengunjung
1620158