KLINIK BERGERAK USM - MERICAN MULA BERI PERKHIDMATAN KEPADA ORANG AWAM

TUMPAT, KELANTAN, 22 Februari 2020 – Klinik bergerak Universiti Sains Malaysia (USM) – Merican yang dilengkapi peralatan perawatan terkini dengan kos 2.2 juta mula memberi perkhidmatan kepada orang awam hari ini.

Dua buah bas yang telah diubahsuai menjadi klinik bergerak itu menawarkan perkhidmatan saringan empat (4) bidang kepakaran perubatan yang sedia ada di USM iaitu Oftalmologi, Otorinolaringologi (ORL), Rehabilitasi dan Perubatan Keluarga serta setiap perkhidmatan saringan akan diketuai oleh pakar masing-masing.

profwanhazabah

Menurut Pengerusi Program Libatsama Komuniti USM-Merican, Profesor Dr Wan Hazabbah Wan Hitam, klinik bergerak yang dilengkapi peralatan untuk rawatan mata, hidung dan telinga serta rehabilitasi mula beroperasi bagi kemudahan mereka yang tidak berkemampuan untuk mendapatkan rawatan di hospital terutamanya penduduk di kawasan pedalaman.

“Selain itu, USM juga menawarkan khidmat pemeriksaan asas kesihatan selain turut menawarkan khidmat runding cara untuk Orang Kelainan Upaya (OKU).

profwanhazabah1

“Dengan adanya klinik bergerak ini, kita dapat menyantuni pesakit, meningkatkan penjagaan kesihatan dan memberikan peluang kepada semua lapisan masyarakat untuk menerima penjagaan khas daripada pakar-pakar khususnya golongan tua dan mereka yang berkeperluan khas,” ujarnya ketika ditemui dalam program Santuni Rakyat, Cakna Kesihatan dan Bina Ummah yang berlangsung di Masjid Bustanul Maarif, Bechah Resak, Wakaf Bharu di sini.

Wan Hazabbah yang juga Timbalan Dekan Libatsama Industri – Komuniti dan Pelajar, Pusat Pengajian Sains Perubatan USM berkata, melalui program Libatsama Komuniti USM-Merican ini, USM turut bekerjasama dengan hospital dan klinik kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menjalankan aktiviti di kawasan-kawasan yang dipilih mengikut keperluan penduduk.

profwanhazabah2

“USM bersedia menerima jemputan daripada mana-mana agensi tertakluk kepada kekosongan jadual untuk menawarkan perkhidmatan yang ada dalam klinik bergerak USM-MERICAN ini yang kebanyakan orang belum mengetahuinya lagi.

“Aktiviti seperti ini diharap dapat membantu golongan yang memerlukan menjalani pemeriksaan dan saringan awal selain turut memberi impak yang besar kepada masyarakat di negeri Kelantan khususnya,” katanya lagi.

Sementara itu, seorang penduduk Kampung Bendang Luas, Sa'adah Ibrahim, 60, ketika ditemui berkata, beliau sangat berterima kasih kepada USM yang sudi turun padang memberi perkhidmatan dan rawatan percuma kepada orang awam terutama penduduk di situ.

profwanhazabah3

"Rawatan percuma seperti ini dapat membantu penduduk kampung yang kurang berkemampuan dan warga emas yang tidak berdaya melakukan pemeriksaan awal sebelum dirujuk ke hospital bagi mereka yang memerlukan rawatan lanjut.

"Semoga program seperti ini dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang kerana ia banyak membantu masyarakat kampung terutamanya bagi mereka yang tidak mempunyai kenderaan untuk mendapatkan rawatan di hospital", katanya.

Teks : Nik Sheila Erini Che Mat Kamel / Foto: Unit Fotografi UKAST

icon email1icon staficon sdppkt

Hubungi Kami

Hospital Universiti Sains Malaysia
Universiti Sains Malaysia,
Kampus Kesihatan
Jalan Raja Perempuan Zainab 2
16150 Kota Bharu Kelantan.
 

husmQR

Operator: 09-767 3000
No Fax: 09-767 1060
Emel : hospitalusm[at]usm[dot]my

Pautan Luar

MSCMy GovermmentHRMISKementerian Pengajian Tinggi

Hakcipta Terpelihara Hospital Universiti Sains Malaysia. ©2018
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox / Chrome dengan resolusi 1024 x 768 piksel.

  • Kemaskini: Ahad 20 September 2020.
Jumlah Pengunjung
1620166