28 BAYI MERDEKA LAHIR DI HOSPITAL USM

USM KAMPUS KESIHATAN USM, 31 Ogos 2020 - Seramai 28 bayi merdeka dilahirkan di Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) di sini ketika negara menyambut Hari Kebangsaan ke-63, hari ini.

Lebih menyentuh hati, perjuangan para ibu melahirkan bayi merdeka pada kali ini tanpa ditemani suami tercinta disebabkan negara masih lagi bergelut dengan pandemik COVID -19.

d3db36e5 6520 45f8 acaf 48854b9f6ac63

Daripada jumlah itu, 15 adalah bayi lelaki dan 13 adalah bayi perempuan yang dilahirkan secara normal dan pembedahan. Bayi pertama dilahirkan pada jam 2.33 pagi dan bayi merdeka terakhir lahir pada jam 11.26 malam. 

Sementara itu, seorang ibu bayi merdeka, Nur Ain Syafinaz Shamsuddin, tidak menyangka Allah SWT mengabulkan impiannya dan suami untuk melahirkan zuriat mereka pada Hari Kemerdekaan.

Jururawat sebuah hospital swasta berumur 30 tahun itu berkata, sebelum ini doktor memaklumkan bayinya dijangka lahir pada 8 September 2020, namun ia amat berharap dapat melahirkan bayi itu pada 31 Ogos.

bca42553 0510 481b b2a5 7bea8cd4df49

“Saya mula mendapat tanda untuk bersalin pada hari Sabtu dan mendapat cuti sakit untuk berehat. Walau bagaimanapun, semalam air ketuban telah pecah dan saya mengambil keputusan untuk merujuk kepada Hospital USM kerana khuatir sebarang perkara tidak diingini berlaku pada bayi dalam kandungan.

“Setibanya di Hospital USM pada pukul 4 pagi, saya terus dirujuk ke dewan bersalin dan selamat melahirkan bayi lelaki seberat 2.64 kilogram pada jam 2.30 petang,” ujarnya ketika ditemubual.

Beliau yang melahirkan bayi sulung turut merakamkan rasa syukur dan bertuah kerana dapat melahirkan bayi sempena hari istimewa negara dan proses kelahiran bayi juga dipermudahkan oleh Allah SWT secara normal tanpa sebarang masalah.

946b23bc 3b30 4b36 a519 4d4d5ff0ab5c

Dalam perkembangan sama, Hospital USM turut menerima kunjungan daripada Co-op Bank Pertama Cawangan Kota Bharu yang berbesar hati menyampaikan sumbangan kepada bayi merdeka yang lahir di Hospital USM.

Teks: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel / Foto: Abdul Hasib Abdul Rahman

icon email1icon staficon sdppkt

Hubungi Kami

Hospital Universiti Sains Malaysia
Universiti Sains Malaysia,
Kampus Kesihatan
Jalan Raja Perempuan Zainab 2
16150 Kota Bharu Kelantan.
 

husmQR

Operator: 09-767 3000
No Fax: 09-767 1060
Emel : hospitalusm[at]usm[dot]my

Pautan Luar

MSCMy GovermmentHRMISKementerian Pengajian Tinggi

Hakcipta Terpelihara Hospital Universiti Sains Malaysia. ©2018
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox / Chrome dengan resolusi 1024 x 768 piksel.

  • Kemaskini: Ahad 20 September 2020.
Jumlah Pengunjung
1620106