Tangani Kebakaran

  • PERSEDIAAN AWAL PENTING TANGANI KEBAKARAN

    IMG 2470

    KUBANG KERIAN, 25 Ogos 2016 - Jabatan Keselamatan USM dan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Kota Bharu telah menjalankan latihan kawad kebakaran yang melibatkan dua buah wad di tingkat lapan bangunan Hospital Universiti Sains Malaysia.

    Menurut Timbalan Pengarah Keselamatan USM, Eady Othman, latihan yang disertai oleh 37 orang kakitangan ini amat penting bagi melatih mereka memahami cara menyelamatkan diri dan pesakit sekiranya berhadapan dengan kebakaran.

    "Semua kakitangan perlu tahu tentang penggunaan peralatan pencegahan kebakaran, laluan khas kecemasan dan pengendalian pemindahan pesakit ke tempat berkumpul kerana kepantasan bertindak amat penting dalam situasi kebakaran," katanya.

    IMG 2429

    Manakala Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Azlan Zainal, mengikut keperluan ISO yang ditetapkan, setiap bangunan perlu melaksanakan latihan kawad kebakaran sekurang-kurangnya dua kali setahun.

    "Apabila kakitangan mahir berhadapan dengan situasi kebakaran, maka kebakaran kecil dapat ditangani segera dan tidak merebak seterusnya banyak nyawa dan harta benda dapat diselamatkan," jelasnya.

    IMG 2531

    Tambahnya lagi, pihak penyelamat akan sentiasa membantu dan memantau proses latihan, supaya ianya berjalan mengikut standard yang betul dan selamat.

    Teks : Abdul Aziz Latif / Foto: Mohd Hafiz Yaacob

icon email1icon staficon sdppkt

Hubungi Kami

Hospital Universiti Sains Malaysia
Universiti Sains Malaysia,
Kampus Kesihatan
Jalan Raja Perempuan Zainab 2
16150 Kota Bharu Kelantan.
 

husmQR

Operator: 09-767 3000
No Fax: 09-767 1060
Emel : hospitalusm[at]usm[dot]my

Pautan Luar

MSCMy GovermmentHRMISKementerian Pengajian Tinggi

Hakcipta Terpelihara Hospital Universiti Sains Malaysia. ©2018
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox / Chrome dengan resolusi 1024 x 768 piksel.

  • Kemaskini: Isnin 07 September 2020.
Jumlah Pengunjung
1619948